Wednesday, November 24, 2010

Rayuan Sumbangan Derma Wakaf Bagi Pembinaan Surau Taman Serai Permai

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)



Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak  Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Serai Permai,Bagan Serai, Perak,  sedang mendirikan sebuah surau  bagi kegunaan orang ramai khususnya penduduk di Taman Serai Permai, Bagan Serai ini.



Bagi menunaikan amanah ini, dengan rendah hati pihak kami merayu dan memohon kepada para dermawan yang sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah swt untuk menghulurkan sumbangan jariah tuan/puan sekadar yang mampu bagi kami laksanakan pembinaannya sehinggalah dapat diimarahkan oleh seluruh penduduk di kawasan ini.



Untuk Pengetahuan Semua kita masih memerlukan sumbangan kira-kira RM 100 000.00 bagi menampung kos pembinaan surau tersebut.Oleh itu besarlah harapan kami  supaya tuan/puan dapat memberikan sumbangan kepada surau kita ini.semoga dengan sumbangan tuan/puan dapat menyemarakkan lagi syiar islam di negara ini.



Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun:



Bank Islam Malaysia Berhad

atas nama

Jawatankuasa Surau Taman Serai Permai

No Akaun:

08077010013823

No comments:

Post a Comment